Samun RM1.4 Juta Di RNR Libat Orang Dalam?

KUALA LUMPUR – Badan pemantau jenayah MyWatch menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti rakaman CCTV kejadian samun di sebuah RNR dan menyiasat sekiranya terdapat penglibatan orang dalam.

 

Pengerusinya, Datuk Seri R Sri Sanjeevan berkata, kejadian yang berlaku pada 2 Disember lalu di RNR Tapah Selatan itu menyaksikan wang tunai RM1.4 juta yang dibawa oleh empat mangsa telah disamun oleh enam suspek.

 

“Bagaimana suspek boleh mengetahui di dalam kereta mangsa terdapat sejumlah wang yang besar,” tulis beliau menerusi blognya.

 

Katanya, suspek yang mengacukan pistol dan cermin kereta Mercedes mangsa dipecahkan dengan kapak kemudian mengambil enam kotak yang didakwa mengandungi wang tunai bersama-sama sebuah laptop dan sebuah iPad.

 

“Bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.