Pemuda PBB Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

KUCHING – Pergerakkan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Negeri Sarawak amnya sudah berada dalam keadaan siap siaga untuk memastikan kemenangan besar kepada BN dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11yang akan diadakan tidak lama lagi.

 

Ketua Pemuda PBB Sarawak yang juga Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, matlamat utama Pemuda PBB adalah akan sentiasa bersatu padu dan bekerja keras dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat dan juga negeri.

 

“Seperti yang kita sedia maklum, tahun hadapan merupakan tahun yang amat penting bagi Negeri Sarawak dimana Pilihanraya Negeri ke 11 akan diadakan dan seterusnya ianya menentukan pucuk pimpinan peringkat negeri.”

 

“Sudah pasti di peringkat terdekat ini, pihak Pemuda PBB amatlah memandang serius segala persiapan awal bagi memperhalusi setiap gerak kerja lepas dan tahun ini serta maklum balas bagi memfokuskan kemenangan besar BN dalam pilihan raya nanti,”katanya.

 

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda PBB di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako disini hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan pemuda PBB bukan sahaja memfokuskan pergerakan kerja tetapi juga mengutamakan kebajikan rakyat khususnya kepada rakyat yang ditimpa musibah.

 

Difahamkan satu kutipan dana khas dikalangan exco pemuda untuk penduduk yang terlibat dalam kebakaran rumah panjang di Belaga baru-baru ini.

 

“Lebih kurang seminggu yang lepas, kebakaran rumah panjang sebanyak 7 pintu di Belaga dan hari ini kita telah membuat kutip dana di kalangan exco pemuda peringkat negeri yang telah secara sukarela untuk memberi sumbangan.”

 

“Hasil kutipan akan diberikan kepada wakil pemuda PBB di Belaga untuk diberikan kepada penghuni rumah panjang yang terjejas,” – Sarawakiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.