Muslim AS Bimbang

SAN BERNARDINO, CALIFORNIA – Komuniti Muslim dan Arab di Amerika Syarikat (AS) bimbang dengan serangan balas terhadap mereka susulan kejadian tembak beramai-ramai di sebuah majlis sosial di California, Rabu lalu.

 

Pengarah Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika, Abed Ayoub berkata, sudah tentu timbulnya ketakutan dan kebimbangan mengenai serangan balas terhadap masyarakat Islam. Namun sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenainya.

 

“Situasi ketika ini terkawal, namun saya mengingatkan agar komuniti Muslim sentiasa berhati-hati,” katanya, lapor AFP.

 

Dalam kejadian yang menggemparkan AS pada Rabu lalu, polis mengenal pasti serangan tersebut didakwa didalangi pasangan Muslim dan telah mengorbankan 14 nyawa. Penyerang tersebut dikenali sebagai Syed Farook, 28 dan isterinya Tashfeen Malik, 27.

 

Sementara itu, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menegaskan masih terlalu awal untuk mengaitkan serangan di Inland Regional Centre itu sebagai serangan pengganas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.