Isu Peluk Islam : Marsha Mohon Privasi

Selebriti Marsha Milan Londoh, 30, enggan mengulas penyebaran berita yang khabarnya kini dia telah memeluk agama Islam.

 

Marsha meminta agar semua pihak memberikannya ruang dan memohon hak privasinya.

 

“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya.

 

“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

 

“Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” katanya, lapor Kosmo.

 

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Bebaskan’ itu menjelaskan tiada siapa yang dapat memahami keadaan dan situasinya ketika ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.