Gempa Bumi Di Lautan Hindi

INDIA – Gempa bumi kuat dengan 7.1 skala Richter melanda di selatan Lautan Hindi selatan pagi tadi.

 

Pusat gempa itu berada di rabung India Tenggara, sempadan plat tektonik di sepanjang dasar laut di selatan
Lautan Hindi.

 

Bagaimanapun, kemungkinan berlaku kemalangan jiwa dan kerosakan adalah rendah, kata ahli seismologi Amerika Syarikat, lapor AFP.

 

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gegaran kecil melanda 1,020km (634 batu) di timur laut Pulau Heard dan Kepulauan McDonald.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.