VIDEO: Peminat Kucing Buru ‘Kucing Hijau Bulgaria’

Bulgaria – Kelibat seekor kucing berwarna hijau yang muncul di kawasan pantai Bulgaria mencetuskan tanda tanya kepada peminat haiwan peliharaan.

Malah ia turut menjadi tanda tanya sama ada kucing tersebut merupakan baka baharu kerana hampir keseluruhan bulunya berwarna hijau, berbelang kelabu.

Terdapat pihak mendakwa bulu kucing tersebut menjadi kehijauan kerana kesan radioaktif dari kawasan kilang berhampiran.

Bagaimanapun banyak pihak percaya haiwan peliharaan itu telah menjadi mangsa deraan – terdapat individu telah mengecat bulunya.

Namun begitu, pengguna internet kagum dengan warna tersebut kerana ia kelihatan cantik dan manja.

Berikutan itu juga, terdapat peminat kucing di negara tersebut kini mula memburu haiwan berkenaan untuk dipelihara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.