VIDEO: Kad Kuning Messi Dibatalkan

Barcelona – Kad kuning yang dilayangkan kepada Lionel dalam perlawanan pada Ahad di Valencia dibatalkan.

Messi, 27, diberikan kad atas reaksi beliau selepas dilemparkan botol plastik di kepala semasa Messi dan pemain Barcelona lain meraikan jaringan lewat Sergio Busquets.

Rayuan awal Barcelona ditolak oleh Jawatankuasa Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Walau bagaimanapun, rayuan kedua kepada jawatankuasa rayuan yang lebih tinggi telah berjaya.

RFEF berkata jawatankuasa itu tidak dapat mengesan Messi “sengaja membuang masa” tetapi hanya “reaksi biasa daripada seseorang yang telah mengalami satu pencerobohan oleh penonton”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.