‘Takhta 3 Ratu’ Bukan Soal Berkemban – Erma Fatima

Kuala Lumpur – Filem ‘Takhta 3 Ratu’ arahan pengarah tersohor negara, Erma Fatima yang bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif mulai 25 Disember ini, diharapkan tidak lagi mengundang kontroversi.

Erma yang ditemui di majlis tayangan eksklusif filem itu di Istana Budaya berharap penonton lebih bijak menilai filem berkenaan, berbanding mengetengahkan kontroversi ‘berkemban.’

“Saya pernah jatuh terduduk sekali, ketika filem ‘Embun’ yang bercakap soal scene rogol itu, dan hari ini saya bangkit bukan untuk isu berkemban.

“Kalau ada sesiapa yang nak mempertikaikan pasal berkemban, saya redha, tapi redha bukan bermaksud masuk neraka, macam dilaporkan dalam akhbar-akhbar itu.

“Saya harap benda ini tidak diisukan, sebab ada banyak lagi benda lain dalam ‘Takhta’ ini yang orang luar boleh perkatakan dan saya rasa penonton lebih bijak untuk berkata, selain daripada isu berkemban,” katanya pada sidang media selepas tayangan eksklusif ‘Takhta 3 Ratu’.

Berhubung pembikinan filem itu, Erma mengakui dirinya tidak berdepan cabaran besar yang mengujinya sepanjang tempoh penggambaran.

Sebaliknya, soal masa adalah satu-satunya cabaran yang perlu beliau hadapi dalam tempoh mengarah filem berkenaan.

“Secara jujurnya, tiada cabaran pun dalam pembikinan filem ini, sebab saya suka melakukannya.

“Cuma bila pelakon-pelakon saya semua yang ‘star’ ini, masa dan jadual mereka itu sangat mencabar, sebab sangat padat,” tambahnya.

‘Takhta 3 Ratu’ adalah sebuah filem arahan Erma yang menggarapkan cerita berkisar zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

Jalan cerita yang menarik dipersembahkan dalam filem selama dua jam 30 minit itu cukup mengujakan penonton untuk menantikan naskhah enam episod kepada pecahan filem berkenaan.

‘Takhta 3 Ratu’ akan diperincikan lagi penceritaannya dalam enam episod, setelah pementasan teater dilakukan di Istana Budaya pada 13 hingga 22 Disember ini.

Filem itu menampilkan pelakon handalan tanah air dan dari Indonesia, termasuk Erra Fazira, Awie, Soo Winci dan juga Febby Febiola.

Gandingan hebat pelakon-pelakon berkenaan mampu memberikan penonton satu kupasan lain dari aspek sejarah berhubung kisah di Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15.

Bercakap soal sejarah, Erma dengan tegas berkata, beliau tidak sesekali memfiksyenkan sejarah.

Sebaliknya, beliau mengambil peluang sebagai seorang anak seni, untuk menyampaikan cerita berkenaan daripada sudut pandangan beliau untuk diterjemahkan dalam bentuk filem.

One thought on “‘Takhta 3 Ratu’ Bukan Soal Berkemban – Erma Fatima

  • December 6, 2014 at 11:47 am
    Permalink

    ERMA tidak boleh dipisahkan dgn kontroversi.. Sekarang semua telah berubah ke arah kebaikan & berhijrah menjadi lebih baik jd ape perlunya cerita sebegini di terbitkan. Pengarah & Pelakon Melayu yg berkemban ingtlah ALLAH ada dimana jua berada memerhatikan kamu. Kamu hendak cari rezeki yang HALAL tetapi perilaku kamu sendiri melakukan yg HARAM. Fikir2kan la..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.