Sabah Bebas Kartel Kad Pengenalan Palsu – Zahid

Putrajaya – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengesahkan Sabah kini bersih daripada sindiket penghasilan kad pengenalan tidak sah, lapor BHonline.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan proaktif yang diambil pihaknya bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah dapat memastikan operasi kartel haram di negeri itu dibanteras sepenuhnya.

Beliau turut berharap agar orang ramai dapat memaklumkan kepada pihak berwajib sekiranya perkara sedemikian masih wujud agar langkah sewajarnya dapat dijalankan.

“Tapi jika masih ada individu yang terbabit maka kami mahu supaya orang ramai memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau JPN untuk tindakan pemantauan dan perundangan,” kata beliau pada sidang media Sambutan Hari Inovasi KDN di sini sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.