Malaysia Mara Ke Separuh Akhir

Kuala Lumpur – Malaysia melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2014 yang berlangsung di Pusat Skuasy Mark Sachvie, Kanada.

Dalam perlawanan suku akhir yang diadakan lewat Khamis, skuad negara diketuai pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David menewaskan pilihan kelima, Perancis 2-0.

Low Wee Wern memberikan permulaan yang sempurna dengan menewaskan Coline Aumard; 11-4, 11-8 dan 11-9 dalam masa 41 minit sebelum Nicol memastikan kemenangan negara dengan menewaskan pemain nombor enam dunia, Camille Serme; 11-6, 11-9 dan 13-11 dalam masa 45 minit.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu juga memuji Camille yang memberi tentangan hebat terhadap beliau terutamanya pada set ketiga perlawanan.

“Beliau (Camille) tidak mendapat rentak pada permainan pertama, namum beliau bangkit kembali dan dalam permainan kedua, dia mula menyerang dengan baik melalui pukulan kilas.

Sementara itu, juara bertahan Mesir menewaskan pilihan ketujuh, Australia dengan skor yang sama dalam perlawanan suku akhir yang lain.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan berkenaan ialah menduduki tempat ketiga dalam empat edisi sebelum ini, 2006, 2008, 2010 dan 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.