Liverpool Hantar Sturridge Ke Los Angeles Jalani Pemulihan

LIVERPOOL menghantar penyerangnya, Daniel Sturridge ke Los Angeles untuk menjalani pemulihan kecederaan lebih pantas kerana mahu pemain itu kembali membantu kelab pada Januari ini.

Tindakan drastik itu dibuat selepas skuad tersebut bosan dengan Mario Balotelli yang lebih mewujudkan masalah daripada menghasilkan gol.

Dalam pemulihan tersebut, Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers mahu Sturridge menjalani latihan dalam cuaca panas sebagai usaha memulih masalah otot.

“Sturridge telah pergi untuk melakukan urusan spesifik bersama beberapa kakitangan dan dia akan kembali secepat mungkin,” jelasnya.

Penyerang yang membantu Liverpool muncul naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu tidak diturunkan sejak 31 Ogos berikutan kecederaan serius. -mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.