Lelaki Rogol Kakak, Sembelih Adik Mangsa Dipenjara 110 Tahun

New Jersey – Seorang lelaki dihukum penjara 110 tahun kerana didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan menyembelih leher adik mangsa berusia enam tahun yang cuba menyelamatkan kakaknya.

Osvaldo Rivera, 35, melakukan jenayah berkenaan pada 2012 selepas mengambil dadah ‘wet’ atau ‘marijuana’

Pihak berkuasa berkata, Rivera memecah masuk ke rumah mangsa pada awal pagi 2 September 2012 lalu menyerang kanak-kanak perempuan itu yang sedang tidur di sofa.

Agensi berita antarabangsa AP melaporkan, menurut ahli keluarga mangsa, adik lelaki kanak-kanak perempuan itu, Dominick Andujar cuba menyelamatkan kakaknya namun disembelih lehernya hingga maut.

Rivera didapati bersalah Julai lalu atas tuduhan cubaan membunuh, melakukan serangan seks, memecah masuk ke rumah mangsa dan melakukan ancaman seperti pengganas.

Beberapa minggu sebelum kejadian itu, seorang wanita di bandaraya yang sama turut mengambil dadah jenis ‘wet’ itu sebelum memancung kepala anak lelakinya berusia dua tahun dan kemudian membunuh dirinya sendiri.

Kedua-dua tragedi itu menarik perhatian umum kepada bahaya dadah dan beberapa kejadian membunuh diri di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.