Lelaki Kulit Hitam Tanpa Senjata Mati Ditembak Polis

Los Angeles – Seorang pegawai polis putih menembak mati seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata di Arizona pihak berkuasa berkata pada hari Khamis.

Kejadian ini berlaku semasa New York kini digempar dengan rusuhan dan bantahan atas insiden yang sama berlaku di Ferguson, lapor AFP.

Pegawai itu percaya suspek yang berusia 34 tahun telah masukkan tangan ke dalam poketnya untuk angkat pistol pada Rabu di Phoenix, lalu ditembak dua kali di dada.

Kemudian didapati Encik Rumain Brisbon hanya mempunyai pil dalam poketnya.

Kejadian tembakan itu berlaku apabila pegawai polis itu pergi untuk menyiasat aktiviti dadah di luar sebuah kedai.

“Dalam pergelutan itu Brisbon meletakkan tangan kirinya di dalam poketnya dan pegawai cengkam tangan suspek. Polis itu juga berulang kali memberitahu suspek supaya letak tangan dalam poket sahaja,” kata jabatan polis Phoenix dalam satu kenyataan.
“Pegawai itu percaya dia merasakan pemegang pistol semasa memegang tangan suspek dalam poketnya,” katanya.

“Namun dikatakan pegawai itu tidak dapat mengekalkan cengkaman di tangan suspek semasa pergelutan itu.

Takut akan Brisbon mempunyai pistol dalam poketnya, pegawai itu tembak Brisbon dua kali.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2014/12/05/lelaki-kulit-hitam-yang-tidak-bersenjata-ditembak-lagi/#ixzz3L1ehTLQL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.