JPJ Saman Ibu Shaheizy Sam Guna No. Plat “MOMMY”

Alahai, meleleh air liur lihat kereta mewah Audi 5 milik pelakon senior, Khaty Fauziah yang dihadiahkan oleh anak lelaki kesayangannya, Shaheizy Sam.

Ditambah pula dengan nombor plat kenderaan yang meletup MCM 1774 yang diubah suai seakan-akan perkataan MOMMY.

Namun, seperti biasa semua orang tidak terkecuali daripada undang-undang yang mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ).

Memetik laporan Berita Harian, Khaty Fauziah telah disaman baru-baru ini dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan tersebut di Lebuhraya DUKE gara-gara nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Menurut ibu pelakon terkenal ini, dia semakin fobia selepas insiden saman tersebut dan mengakui kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan meskipun dia merupakan seorang artis.

“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan pihak polis hanya menjalankan tugas.

Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Kathy Fauziah mengingatkan dirinya dan rakan-rakan seperjuangan.

Apa pun, tersentuh hati bila mengetahui kasih sayang Shaheziy Sam yang ikhlas menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.