Mesir tidak perlu IMF

KAHERAH – MESIR. Kerajaan sementara Mesir belum memutuskan mahu membuat pinjaman kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Timbalan Perdana Menteri Ziad Bahaa el-Din berkata, negara itu masih bergantung harap kepada wang dijanjikan Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi Julai lalu.

“Tiga negara Teluk telah memberi antara AS$8 bilion (RM26 bilion) dan A$12 bilion (RM39 bilion) bantuan yang dijanjikan secara pakej,” katanya dipetik Al Arabiya

Menurutnya, penangguhan bantuan daripada IMF dibuat bagi mengelakkan kerajaan sementara terikat dan berada di bawah tekanan.

“Kami masih menanti AS$1 bilion (RM 3.2 bilion) dari Kuwait dan beberapa negara luar yang berjanji akan membantu kami selepas penggulingan Mursi,” katanya.

Sebelum ini, IMF pernah menawarkan pinjaman bantuan kewangan $4.8 bilion (RM15 bilion) kepada Mursi untuk memulihkan ekonomi negara itu sejak penggulingan Hosni Mubarak 2011, namun beliau tidak memberikan sebarang reaksi. – Al Arabiya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.