Sarawak Report Dakwa Azmin Gagal Bayar Bil Pelancongan RM300,000

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi mungkin didakwa ke mahkamah oleh sebuah syarikat agensi pelancongan atas dakwaan gagal membayar bil pelancongan lebih RM300,000.

Ia dilaporkan oleh Sarawak Report yang turut memuatnaik gambar keluarga Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu ketika bercuti.

Ia termasuk lawatan peribadi keluarganya dan dirinya ke Sandakan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu Mei lalu, menurut Sarawak Report.

Sarawak Report memetik dokumen difailkan YHA Travel & Tours dan jumlah itu termasuk tambang penerbangan Timbalan Presiden PKR itu dalam tempoh enam bulan.

Portal Sarawak Report yang sebelum ini menjadi salah satu media membantu PH untuk menjatuhkan BN pada PRU14 lalu, turut memuat naik gambar keluarga Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dalam laporan terbarunya mengenai isu bil pelancongan menteri PH itu.

“Walaupun plaintif dan/atau wakilnya berulang kali menuntut bayaran daripada defendan dan/atau wakilnya, jumlah terkumpul itu tidak pernah dibayar walaupun jumlah didakwa itu tidak pernah dipertikaikan,” kata agensi pelancongan itu dalam writ saman yang dipetik Sarawak Report.

Difahamkan, pengurusan kes bagi saman itu ditetapkan pada 3 Disember ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut Sarawak Report, syarikat itu menuntut Mohamed Azmin membayar RM328,901 tambahan kepada faedah dan ganti rugi lain yang dinilai.

Sarawak Report juga mempertikaikan bil Mohamed Azmin sebanyak RM300,000 sedangkan beliau telah mengisytiharkan gajinya RM50,000 sebulan.

Ia mendakwa jumlah itu termasuk RM92,280 bagi penerbangan untuk anaknya yang baru berkahwin, Mohamed Ameer Shazrin dan isterinya, Mazreen Shanim Shaheen ketika mereka melancong ke Marrakech, London dan Geneva.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.