Remaja Thailand Mati Akibat Ketagihan Permainan Komputer

BANGKOK – Seorang remaja Thailand maut selepas bermain permainan komputer tanpa henti ketika musim cuti sekolah di rumahnya di Udon Thani, utara Thailand.

Akhbar Daily Mail melaporkan Piyawat Harikun, 17, memulakan cuti persekolahannya pada hujung Oktober lalu dan menghabiskan masa lapang di dalam bilik dengan permainan komputer.

Ibu bapanya berkata, Harikun akan berjaga sepanjang malam dan kemudian menarik tirai biliknya waktu siang untuk bersambung bermain permainan itu semula.

Mereka akan membawa makanan ke biliknya dan menyuruhnya berhenti, namun dia enggan berbuat demikian.

Ayahnya, Jaranwit pergi ke biliknya petang semalam dan mendapati anaknya tersungkur daripada kerusi komputer.

Jaranwit, seorang pegawai tentera berkata dia cuba membangunkan anaknya, namun sudah terlambat.

Pasukan perubatan yang memeriksa mayat remaja itu berkata, mangsa meninggal dunia akibat strok, yang mereka percaya puncanya bermain permainan komputer secara berterusan sepanjang malam.

Jaranwit mengakui anaknya itu ketagih permainan komputer dan memberi nasihat agar ibu bapa lain tidak membenarkan anak mereka membuat perkara sama.

‘Anak saya seorang yang bijak di sekolah, tetapi dia mempunyai masalah besar iaitu ketagih permainan komputer,” katanya.- Agensi.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.