Adun Selangor Minta Kerajaan Negeri Pertimbangkan Cadangan Tanam Ganja

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor diminta mempertimbangkan cadangan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri ini.

Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, ganja mempunyai manfaat besar dalam bidang perubatan pada masa kini.

“Saya mohon kerajaan negeri dengar dahulu cadangan saya, jika perlukan pembentangan berhubung cadangan ini, saya akan bentangkan secara terperinci kepada Dewan.

“Cuma saya minta jangan tolak cadangan ini mentah-mentah, dengar dahulu (cadangan) kemudian barulah pertimbangkan,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Shaid berkata demikian berikutan cadangannya sebelum ini ditolak untuk dibahaskan di DUN Selangor pada sesi lepas.

Beliau berkata, kerajaan Selangor perlu melihat cadangan itu dari sudut positif kerana ia dilihat akan memberi kebaikan kepada industri pertanian di negeri ini.

“Saya pernah cadangkan penanaman ganja di Selangor dan saya tetap dengan pendirian saya kerana kerajaan Australia juga akan membenarkan cadangan ini di negara mereka menjelang 2020.

“Menerusi cadangan ini, kita boleh membuat kajian hasil tanaman ganja untuk perubatan kita sendiri dan hasilnya itu juga nanti boleh dieksport ke luar (negara).”

Sidang DUN bersambung esok.

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.