Wan Azizah Mahu Insiden Serang Rafizi Disiasat

PUTRAJAYA – Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah mahu insiden serangan terhadap Rafizi Ramli ketika pemilihan parti di Cabang Keningai disiasat.

“Kita mahu siasatan dijalankan,” demikian katanya ketika ditanya pemberita.

Terdahulu tersebar satu video berdurasi 3.02 minit menunjukkan Rafizi dikawal ketat apabila berlaku kekecohan di dalam dewan.

Dalam rakaman itu, beberapa individu dipercayai penyokong Rafizi cuba memasuki dewan dengan merosakkan dawai besi.

Namun keadaan itu berjaya dikawal sepasukan polis dan pada masa sama, Rafizi dibawa keluar dari dewan terbabit oleh penyokongnya.

Rafizi yang merupakan calon Timbalan Presiden PKR merupakan pemimpin pertama yang cuba diserang dalam pemilihan PKR.

Namu pemilihan parti itu sudah beberapa kali tercetus kekecohan di beberapa lokasi membabitkan dakwaan undi hilang. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.