VIDEO: Tidak Mahu Jadi Presiden Atau Perdana Menteri, Tapi Bersuara Sebagai Ahli Parlimen

SHAH ALAM – Bukan mahu kembali memegang jawatan Presiden parti atau Perdana Menteri sebaliknya Datuk Seri Najib Razak menegaskan hanya mahu memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen.

Justery itu katanya beliau bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentang apa juga yang dilihat dapat membantu memperkasakan parti, membantu rakyat dan memperkasakan ekonomi negara.

“Saya nak jelaskan bahawa saya tidak ada hasrat nak kembali menjadi Presiden parti mahupun sebagai Perdana Menteri sebab saya telah pun memegang jawatan terebut lebih sembilan tahun

“Apa yang menjadi hasrat saya adalah untuk memberi pandangan dan juga idea-idea yang boleh membantu ke arah memperkasakan parti dan untuk mensejahterakan rakyat dan sekaligus untuk membangunkan ekonomi negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung di facebooknya sebentar tadi.

Najib menambah, beliau turut bertanggungjawab untuk memberi penerangan yang jelas dengan berlandasrkan fakta dan angka terhadap fitnah yang dilontarkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

“Lebih-lebih lagi dalam konteks kalau sekiranya ada fitnah, ada pembohongan, apa-apa fakta yang tidak betul sama ada sengaja atau tidak dilontarkan, jadi maka menjadi tanggungjawab saya sebagai warga rakyat Malaysia, yang bertanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, maka saya seharusnya memainkan peranan untuk membetulkan segala-gala yang pada pendapat saya perlu diberikan penjelasan yang tepat berdasarkan kepada angka dan fakta yang sebenarnya,” tambahnya.

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu berharap semua pihak memberinya ruang untuk melontarkan pandangannya.

Mantan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam Twitternya baru-baru ini berkata kekalahan BN pada pilihan raya yang lalu adalah berpunca daripada 1Malaysia Development (1MDB).

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz kemudian senada dengan Khairy.-SuaraTv

6 thoughts on “VIDEO: Tidak Mahu Jadi Presiden Atau Perdana Menteri, Tapi Bersuara Sebagai Ahli Parlimen

  • November 5, 2018 at 10:34 pm
    Permalink

    Ahh muka ni lagi mual muak menyampah..poorah!!!

    Reply
  • November 6, 2018 at 12:27 am
    Permalink

    Ahh pegi lah!! Sapa kau? Duk diam lah?? Tnggu lah hbs ni duk penjara…!! Skandal byk sgt?? Tk hbs2!! Satu satu timbul
    Ramai lgi kroni2 kau akan dicekup!! Rakus zalim kejam dgn rasuah jadi kiblat pedoman panduan korang semua?? Tk malu kah? Semua tau!! Tkde maruah lah korang ni penyangak penyamun perompak?? Mual muntah meluat menyampah tgk muka berita korang?? Tk sedar diri
    .angkuh bongkak takbur sombong bodoh!! Poorah..tnggu lah hukuman menanti..jgn lari tau??

    Reply
  • November 6, 2018 at 12:29 am
    Permalink

    Sampah jijik kotor najis jelik tgk perasuah2 ni!! Khianat pd dymm agong negara rakyat!!
    Perompak!!

    Reply
  • November 6, 2018 at 9:17 am
    Permalink

    Mudah2an terbukti jahat mungkar kau selama ini..rakyat mau hukuman berat2 untuk penjahat2 semua ni.. nti kau cakaplah sorang2 dlm pintu besi ya!! Panggil lah meeting yg sama2 korupsi ya..!! Panggil lah media buat live ya!! Pancar satu dunia ya!!

    Reply
  • November 6, 2018 at 9:20 am
    Permalink

    Smga cepat terhukum berat2 pd pesalah2 terlibat rasuah ni!!
    Muak mual muntah tgk muka semak ni?? Kau tk rasa malu ker?? Maruah tkde ke?? Tebal ya muka ?? Patut lah..!!

    Reply
  • November 6, 2018 at 9:22 am
    Permalink

    Perasan lebih?? Awak sapa weh?? Kemaruk ke?? Rosak teruk dah..korupsi..2.6 ribu juta weh…huh byk lagi,….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.