Rais Yatim Pertikai Arahan Larang Pengacara Guna Pantun Di Majlis ATM

KUALA LUMPUR — Bekas penasihat kebudayaan Tan Sri Rais Yatim mempertikai larangan berpantun yang dikenakan dalam majlis rasmi Angkatan Tentera Malaysia.

Berkongsi sepucut surat bertarikh 2 November, tegas bekas menteri kebudayaan itu apakah “Melayu sudah begitu daif” hingga sanggup menghalang “budaya sendiri”.

“Baca surat ini. Takkanlah Melayu sudah begitu daif budaya sendiri hinggakan nak berpantun pun dihalang,” coretnya di Twitter petang semalam.

“Kini tentera guna pantun dalam skrip. Dewan Bahasa [dan Pustaka] kamu buat apa? Sasterawan-sasterawan negara, pejuang-pejuang bahasa… tunggu apa lagi?”

Surat dikongsi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ditandatangani leftenan jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Kamalruzaman Mohd Othman.

Keterangannya di dalamnya menyatakan perbincangan sudah diadakan bersama panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) berhubung kewajaran penggunaan pantun semasa majlis rasmi badan itu.

“Hasil daripada perbincangan terebut, adalah dimaklumkan PAT telah memutuskan bahawa tiada lagi penggunaan pantun dalam skrip juruacara bagi setiap majlis rasmi ketenteraan,” surat Kamalruzaman dipetik. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.