Pasca Belanjawan 2019, Bursa Saham Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup lebih rendah, berikutan prestasi pasaran global termasuk akibat sikap pelabur yang sedang mengambil masa bagi membuat penilaian ke atas Belanjawan 2019, kata peniaga.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 5.07 mata lebih rendah pada 1,708.80, hari ini adalah urus niaga pertama selepas pembentangan Belanjawan 2019. Ia susut 1,713.87 selepas ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks dibuka 6.2 mata lebih baik pada 1,720.07 dan bergerak antara 1,699.60 dan 1,720.07 sepanjang hari.

Pasaran dalam lingkungan negatif dengan kerugian mengatasi saham untung pada 537 berbanding 334, manakala 315 tidak berubah, 654 tidak didagangkan dan 18 yang lain, digantung.

Jumlah dagangan menurun kepada 2.2 bilion bernilai RM3.28 bilion daripada 3.16 bilion unit bernilai RM2.52 bilion yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Public Investment Bank Bhd berkata, Belanjawan 2019, yang mana adalah antara pengumuman belanjawan yang paling ditunggu, tidak mengandungi banyak perincian seperti belanjawan sebelum ini tetapi ia mempunyai fokus yang jelas.

“Walaupun ia tidak memberi impak pada jangka pendek, kesan yang lebih besar akan jelas kelihatan pada jangka panjang.

“Kami menjangkakan FBM KLCI akan mengakhiri 2018 pada kira-kira 1,740 mata berbanding jangkaan awal kami sebanyak 1,790 mata disebabkan tekanan ke atas hasil,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM9.38, PBBank jatuh empat sen kepada RM24.58 manakala Tenaga bertambah sebanyak 10 sen kepada RM14.80 dan PChem mendapat 22 sen kepada RM9.70.

Saham paling aktif, GENM, rugi 93 sen kepada RM3.61 dan merekodkan jualan yang berterusan, selepas Belanjawan 2019 mendedahkan bahawa kerajaan akan meningkatkan yuran lesen tahunan kasino kepada RM150 juta daripada RM120 juta.

Antara saham aktif, Seacera jatuh 1.5 sen kepada 29 sen manakala SapNRG naik setengah sen kepada 35.5 sen, PresBhd menokok 5.5 sen kepada 76.5 sen dan MRCB menambah dua sen kepada 78 sen.

Indeks FBM Emas Syariah mengumpulkan 92.88 mata kepada 11,983 manakala Indeks FBM Emas jatuh 17.88 mata kepada 11,839.77 dan Indeks FBM Ace merosot 67.44 mata kepada 4,953.11.

Indeks FBMT 100 menurun 13.66 mata kepada 11,682.95 tetapi FBM 70 naik 65.39 mata kepada 13,801.9.

Mengikut sektor, indeks perladangan bertambah sebanyak 11.64 mata kepada 7,401.46, Indeks Barangan Perusahaan dan Perkhidmatan adalah 1.41 mata lebih kukuh kepada 174.53 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan mencatatkan kerugian sebanyak 26.69 mata kepada 17,251.0.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.51 bilion bernilai RM3.16 bilion daripada 2.03 bilion saham bernilai RM2.31 bilion yang direkodkan pada minggu sebelum ini.

Bagi waran pula, jumlah dagangan berkurangan kepada 417.0 juta unit bernilai RM72.80 juta daripada 501.47 juta unit bernilai RM112.24 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menurun kepada 294.28 juta bernilai RM47.2 juta daripada 624.32 juta saham bernilai RM97.51 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menguasai 285.94 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (530.44 juta), pembinaan (58.36 juta), teknologi (175.0 juta), SPAC (5,000), perkhidmatan kewangan (35.72 juta), hartanah (128.09 juta), perladangan (12.95 juta), REIT (8.38 juta), tertutup/dana (sifar), tenaga (1.92 juta), penjagaan kesihatan (32.96 juta), telekomunikasi dan media (38.0 juta), pengangkutan dan logistik (33.29 juta), dan utiliti (16.95 juta).

Bursa Malaysia akan ditutup esok sempena cuti Deepavali. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.