Najib: Biasiswa Mungkin Kurang Tahun Depan Kerana Pemotongan Bajet

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, jumlah penerima biasiswa kerajaan mungkin berkurangan tahun depan disebabkan pemotongan peruntukan dalam Bajet 2019.

Bekas perdana menteri berkata, kerajaan PH hanya menyediakan RM2 bilion berbanding RM2.5 bilion yang diperuntukkan kerajaan pimpinannya dalam Bajet 2018 bagi biasiswa pengajian tinggi dan latihan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, kerajaan pimpinannya turut menyediakan RM2.2 bilion untuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam berbanding hanya RM1.8 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2019.

“Ini belum dikira faktor inflasi, di mana kos pengajian setiap pelajar akan meningkat.

“Maknanya apa? Berkemungkinan penerima biasiswa tahun depan akan berkurangan,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

Selain peruntukan untuk biasiswa, beliau turut mendakwa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut terjejas.

“Kini, para peminjam PTPTN yang mendapat ijazah kelas pertama kini tidak lagi secara langsung bertukar kepada biasiswa atau dikecualikan daripada bayaran balik.

“Nampak seolah-olah kerajaan PH hari ini tidak mempedulikan masa depan pelajar dan pembangunan modal insan,” dakwanya.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Pekan itu mempersoalkan aktivis pelajar dan pengkritik dasar pendidikan kenapa “membisu” terhadap tindakan kerajaan PH.

Jumaat lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, peruntukan terbesar diberikan kepada pendidikan kerana ia adalah sektor penting yang mengalami banyak perubahan dan rakyat tidak boleh ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan.

Katanya, bidang pendidikan hari ini memerlukan penelitian lebih kerana banyak perkara yang perlu dipelajari generasi muda sekarang.

“Sebelum ini, kita hanya belajar sejarah empayar British atau geografi negara England.

“Tetapi, kini kita belajar tentang teknologi maklumat (IT), teknologi, sains, matematik dan algoritma. Kesemua perkara ini kita perlu tahu, jika tidak kita akan ketinggalan.”

PH menerusi bajet pertamanya menyediakan RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan tahun depan bagi pendidikan, sejajar dasar kerajaan menyediakan pendidikan lebih berkualiti di semua peringkat.

Sebanyak RM652 juta daripada peruntukan itu bertujuan menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara. – FMT

3 thoughts on “Najib: Biasiswa Mungkin Kurang Tahun Depan Kerana Pemotongan Bajet

  • November 6, 2018 at 9:02 am
    Permalink

    Apa kau sibuk? Perasan ke? Sapa dulu pm? Sapa songlap?
    Fasal kau lah jadi camni?? Khianat penyamun harta negara? Kau duk diam?? Patut tngkp tnpa bicara korup2 semua sbb tk sedar diri nk komen cakap2 tapi ada kes? Tk malu ker?? Tkde maruah punya org?? Mual muak muntah menyampah tgk muka dia ni ngan kroni2…rasuah..!

    Reply
  • November 6, 2018 at 9:11 am
    Permalink

    Poorah..muka tebal tk malu langsung…!! Rakyat sumpah hina maki kau songlap harta negara..rasuah pecah amanah zalim rakus khianat kejam jijik kotor penyamun penyangak perompak pencuri pembohong penipu angkuh takbur bongkak bodoh sombong tk sedar diri kau nk lawan undang? Lawan jgn kalah teruk pula?? Mcm parti korupsi?? Saksi bukti ada kukuh ..byk pula tuduhan.. tepis elak nafi..? Brapa lama nk tepis?
    40tahun? Takbur nk lawan dunia ..akhirat..!! Jutaan duit dlm rumah..duit gaji ke??spesis rasuah korang ni semua sama..byr jamin juta2? Mana ambil duit?? Korup..korup..kurap..korup..tu la keje kau org semua…

    Reply
  • November 6, 2018 at 9:12 am
    Permalink

    Hukuman berat menunggu!! Tk dpt tepis punya?? Jgn lari ya!!
    Ramai akan menyusul nanti..tunggu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.