Musa Aman Didakwa Pertuduhan Rasuah Petang Ini

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka berdepan 35 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dihubungi mengesahkannya dan mendedahkan pertuduhan itu membabitkan beberapa kes konsesi pembalakan di Sabah yang dianggarkan bernilai AS$60 juta (RM250.05 juta)

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dipanggil SPRM jam 8.30 pagi tadi dan dijangka didakwa di mahkamah jam 3 petang ini.

Sementara itu, SPRM dalam kenyataan menjelaskan Musa ditahan selepas pihaknya mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara, hari ini.

“Penahanan itu dibuat pada jam 10.05 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Susulan itu, Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM memaklumkan, Musa akan dibawa ke Mahkamah Sesyen jam 2 petang ini untuk pertuduhan berkenaan. – BERITA HARIAN

One thought on “Musa Aman Didakwa Pertuduhan Rasuah Petang Ini

  • November 5, 2018 at 5:59 pm
    Permalink

    Spesis sama korupsi..rosak teruk hancur musnah takbur bongkak angkuh bodoh sombong rasuah?? Ini lah dia org dulu keje habis harta negara??? Tepis elak tk ngaku berapa lama ha?? 40thn?? Amalan kiblat pedoman mereka2 yg kufur mungkar jahat!! Nama agama islam rasuah lagi kuat no1!!! Tk sedar diri
    .tk malu weh!!! Rakyat undi korang khianat songlap duit??
    Sbb tu PH menang!!! Terima lah akibat salahlaku korang dulu.. smga terbukti kejahatan mereka2 ini.. kita sama2 nantikan…jgn lari tau?? Ramai dlm senarai dipanggil sprm..tunggu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.