“Kekayaan Tak Menjamin Adab dan Kebijaksanaan” – Fazley Anggap Cara Aliff Syukri Melampau

TINDAKAN penaja utama konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) Datuk Seri Aliff Syukri mahu memberikan produknya kepada seorang wanita yang dilabelkan ‘hodoh’ telah mengundang kemarahan netizen.

Menurut penyanyi Datuk Fazley Yaakob, 40, banyak lagi cara pemasaran yang boleh dilakukan Aliff tanpa perlu menggunakan perkataan keterlaluan yang berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

Fazley turut menegur tindakan Aliff meletakkan bedak asas dengan menggunakan tangan pada wajah individu tersebut ketika program itu bersiaran secara langsung.

“Maaf… Terlalu melampau jika sekadar untuk pemasaran. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur perkauman terhadap warna kulit seseorang.

“Melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan bedak asas dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya,” katanya.

Fazley memuat naik tegurannya mengenai cara Aliff mempromosikan produk pemutih pada konsert GV5 minggu keenam yang berlangsung pada malam Ahad itu menerusi laman Instagramnya.

Pengasas produk D’Herbs itu yang diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya dengan mencari penonton berwajah ‘hodoh’ telah menimbulkan kemarahan netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Asmara ini menganggap penonton yang turut sama ketawa melihat aksi Aliff itu sebagai memalukan.

Kata Fazley, memiliki kekayaan tidak menjamin seseorang itu mempunyai adab dan pemikiran yang bijaksana.

Dia juga meminta Aliff agar membuat permohonan maaf kerana perkara itu melibatkan maruah dan rezeki.

“Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih… Apa nak jadi orang-orang kita ya?

“Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila.

“Cara pemasaran harus bijak, bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan.

“Seeloknya permohonan maaf harus diusahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!” ujarnya.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – Mstar

4 thoughts on ““Kekayaan Tak Menjamin Adab dan Kebijaksanaan” – Fazley Anggap Cara Aliff Syukri Melampau

  • November 5, 2018 at 10:21 pm
    Permalink

    Bodoh sgt mcm kayu.. allah swt tarik balik apa yg kau bongkak bangga baru padan muka?? Sombong bodoh angkuh takbur ..org lain yg lebih kaya tk mcm kau?? Adap kurang sopan lgi kurang poorah.. hentikan avanza ke ..apa ke tk mana pun?? Kaya sgt ke weh??

    Reply
  • November 5, 2018 at 10:24 pm
    Permalink

    Kau je rasa hebat .. tk mana nya..! Ada lgi sikap tk cerdik?? Tk malu sedar lah diri tu..?? Boikot jer..

    Reply
  • November 5, 2018 at 10:26 pm
    Permalink

    Jgn angkuh dgn yg ada tu hak allah swt.. bila2 masa bolih tarik balik..!!

    Reply
  • November 5, 2018 at 10:28 pm
    Permalink

    Maruah org kau ingat apa? Tongong?? Suka2 kau??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.