Azmin Selesa Di Depan, Rafizi Ketinggalan Lebih 3,000 Undi

SHAH ALAM – Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berada dalam kedudukan selesa apabila jauh meninggalkan Rafizi Ramli selepas berjaya mengalahkan ‘seterunya’ itu di Sabah.

Menurut keputusan tidak rasmi di 24 daripada 25 cabang di Sabah yang telah melakukan pengundian, Azmin memperoleh 10,467 undi berbanding Rafizi yang mendapat 8,882 undi.

Keputusan di satu lagi cabang, iaitu Keningau masih lagi kabur berikutan isu-isu di cabang tersebut.

Dengan memasukkan keputusan tidak rasmi dari Sabah yang telah melakukan pemilihan minggu ini, secara keseluruhannya Azmin meraih 60,091 undi, manakala Rafizi pula memperoleh 56,796 undi.

Ini bermakna Azmin mendahului Rafizi dengan majoriti sebanyak 3,295 undi.

Mengambilkira keputusan tidak rasmi setakat semalam (Ahad), undi keseluruhan masih berbaki sekitar sembilan peratus sahaja lagi.

Minggu depan menyaksikan Sarawak bakal melakukan pengundian manakala Melaka pula akan mengadakan pemilihan semula. 

Cabang Labuan, Kuala Selangor dan Jelebu juga akan melakukan pengundian sekali lagi. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.