Wanita Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 11

WANITA ditemui mati dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 Flat Sri Aman, Seri Kembangan, jam 4.05 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk memaklumkan terdapat seorang wanita terjun dari tingkat 11 pangsapuri setinggi 12 tingkat itu.

Katanya, sebaik tiba, anggota polis menemui mayat mangsa terbaring berlumuran darah di kawasan parkir motosikal flat itu.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati si mati mengalami patah pada kedua-dua peha akibat impak terjatuh dari tempat tinggi.

“Mangsa mati serta merta di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Megat, mangsa berusia 36 tahun bukan penduduk flat itu sebaliknya tinggal di Pangsapuri Mawar, Taman Bukit Serdang dan tidak bekerja.

Katanya, tiada penduduk yang mengenali mangsa.

“Saksi yang ditemui memaklumkan bahawa ketika kejadian ada melihat wanita itu terjun dari tingkat 11 flat.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut bagaimana pun siasatan lanjut masih lagi dijalankan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.