Trump Desak China Tekan Korea Utara

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka terus mendesak Presiden China, Xi Jinping pada pertemuan minggu hadapan supaya meningkatkan lagi tekanan ke atas Korea Utara.

Menurut AFP, AS juga sedang mengumpul maklumat bagi mengenakan sekatan baharu ke atas bank-bank China yang bekerjasama dengan Pyongyang, lapor Kosmo.

Beberapa pegawai kanan pentadbiran AS berkata, Trump akan cuba memujuk Jinping pada pertemuan itu untuk menekan Korea Utara menerusi beberapa kaedah termasuk mengehadkan eksport minyak mentah, mengurangkan import arang batu serta transaksi kewangan.

Tindakan itu adalah percubaan terbaharu Trump untuk memastikan China yang juga rakan sekutu Korea Utara supaya mengekang program persenjataan nuklear Pyongyang. Bagaimanapun, masih samar-samar sama ada Jinping akan bersetuju dengan saranan Trump.

China berkata, pengaruhnya ke atas Pyongyang sengaja dibesar-besarkan sebaliknya memberikan sokongan terhadap sekatan terbaharu Majlis Keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.