Remaja Curi Basikal Pelancong

MELAKA ― Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dukacita kerana kemudahan basikal yang disediakan untuk pelancong sanggup dicuri rakyat terutama golongan remaja negeri ini.

Beliau berkata tindakan negatif tersebut bukan sahaja memberi impak buruk kepada negeri malah turut membantut pembangunan menyeluruh yang telah dirancang kerajaan negeri.

“Kita berasa amat dukacita dengan perbuatan segelintir kumpulan masyarakat yang berani melakukan perbuatan tidak sepatutnya iaitu mencuri basikal yang ditempatkan di kawasan tertentu untuk pelancong dalam dan luar negara, lapor Bernama.

“Perbuatan ini juga mengganggu kita untuk membina sebuah negeri maju dari aspek mentaliti dan pembangunan,” katanya kepada pemberita pada majlis penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri sempena ulang tahun hari jadi ke-79 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob semalam. 

Sebanyak 474 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran pada majlis berkenaan.

Idris diminta mengulas laporan sebuah akhbar Jumaat mengenai perbuatan mencuri basikal sewa yang disediakan sebuah syarikat swasta dari China untuk tujuan pelancongan yang dipercayai dilakukan kumpulan remaja ‘Mat Lajak’. 

Beliau percaya kegiatan berkenaan dilakukan untuk tujuan menjual alat ganti basikal atau digunakan bagi tujuan berlumba. 

Anggota masyarakat yang melihat perbuatan itu perlu melaporkan kepada pihak berkuasa, katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.