Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat Sekali Lagi

GEORGE TOWN – Lebih 20 kawasan di negeri ini termasuk taman perumahan di sekitar Seberang Perai dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak pukul 12.45 tengah hari tadi.

Antara lokasi di bahagian pulau yang telah dikenal pasti adalah di Bayan Baru, pusat bandar George Town, Jalan P .Ramlee, Jalan Anson dan Kampung Dodol manakala di Seberang pula di Kampung Pertama, Lorong Mak Mandin, Taman Sepadu serta Jalan Guar Perahu, lapor Kosmo.

Hampir keseluruhan kawasan berkenaan pernah ditenggelami air dalam kejadian sama pada September lalu.

Sehingga kini, tiada laporan pusat pemindahan mangsa banjir dibuka termasuk bantuan operasi menyelamat mangsa yang terjejas.

Sehingga pukul 7 malam tadi, hujan masih lebat di kebanyakan kawasan di negeri ini dan paras air naik kira-kira satu meter.

Difahamkan, taburan hujan yang tinggi telah bertembung air pasang dalam masa singkat sehingga menyebabkan berlakunya limpahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.