Marah Ditinggalkan Suami, Wanita Tergamak Tikam Anak

Marah kerana ditinggal suami, seorang ibu tergamak menikam dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun.

Wanita yang berasal dari Bandung itu berbuat demikian kerana dikatakan terlalu tertekan dengan suaminya hingga sanggup menganiaya dua anak kecilnya itu.

Menurut jirannya, wanita itu tertekan, sudahlah suami menghilangkan diri, sewa rumah juga tidak mampu dibayar. Dia bimbang bakal diusir dari rumah berkenaan.

Dengan menggunakan pisau dapur, dia menusuk perut anaknya. Anaknya kini dirawat di hospital manakala wanita itu telah ditahan polis.

Agak sukar bagi polis untuk mendapatkan keterangan daripadanya suspek kerana dia kerap meracau manakala percakapannya tidak jelas.

“Kami masih menyiasat dan akan turut memeriksa mentalnya,” kata polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.