Liow: Jangan Paksakan Agama Dalam Isu Arak, Dobi

Rakyat Malaysia tidak mahu negara ini dipisahkan mengikut garis perkauman atau agama.

Oleh kerana itu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata agama tidak boleh dipaksakan kepada orang lain.

Beliau menyentuh mengenai larangan terhadap festival berkaitan arak dan lobi khusus untuk Muslim yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini sebagai contoh.

“Ini membuktikan bahawa sesiapa yang melampau dalam menafsirkan (agama), pasti akan menyinggung perasaan penganut agama lain.

“Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama rakyat. Sebarang dasar mesti mematuhi perlembagaan.

“Tidak ada seorang pun harus memaksakan ajaran agama mereka kepada orang lain berdasarkan tafsiran agama mereka sendiri, dalam usaha untuk mengubah atau mengganggu budaya dan gaya hidup orang lain.

“Perkara-perkara ini boleh menjadi seremeh seperti mengasingkan pakaian mengikut agama, meruntuhkan hubungan antara individu dan melanggar kebebasan individu,” kata Liow di ibu pejabat MCA hari ini.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.