Lima Maut Dalam Banjir Terburuk Pulau Pinang

GEORGETOWN – Seorang lagi warga emas ditemui mati dipercayai akibat lemas selepas terperangkap dalam banjir di rumahnya di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.

Setakat ini, banjir sudah mengorbankan lima nyawa termasuk seorang lelaki warga Bangladesh yang maut akibat dihempap pokok tumbang di Kampung Perlis, Butterworth pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata pihaknya menerima laporan orang ramai, ada seorang mangsa yang mati lemas akibat banjir kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

“Mangsa, Chong Sin Thin, 97, ditemui mati oleh orang ramai tengah hari tadi dan mayatnya mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Setakat ini empat mangsa maut di daerah Timur Laut akibat terperangkap di dalam rumah ketika banjir,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Terdahulu, tiga mangsa warga emas turut ditemui mati dipercayai lemas ketika banjir di daerah ini. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.