Lelaki Amuk Tingkap, Tabung Masjid Pecah

SANDAKAN ― Seorang lelaki yang pernah mendalami ilmu keagamaan di sebuah negeri di pantai timur Semenanjung, mengamuk di masjid.

Suspek memecah tingkap kaca dan tabung ketika solat Jumaat di Masjid Datuk Pengiran Galpamdi, Batu 7 di sini, lapor BH.

Lelaki, 30, kemudian ditenangkan ahli jemaah sebelum ditangkap anggota polis yang turut bersolat di masjid sama, kelmarin.

“Berdasarkan keluarga mangsa, ia kali pertama lelaki itu bertindak demikian (mengamuk di masjid),” kata ketua polis daerah Sandakan.

ACP Mohd Azhar Hamin berkata polis masih menyiasat kejadian itu dan mengesyaki suspek mungkin mengalami tekanan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.