Kelantan Seperti Tiada Kerajaan Negeri Bila Dilanda Banjir, Kata Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap kegagalan kerajaan negeri Kelantan menangani masalah banjir besar yang melanda negeri itu pada 2014 sebagai bukti kelemahan PAS dalam pemerintahan.

Memetik kenyataan itu yang disiarkan akhbar Sin Chew Daily pada 27 Januari 2015, Lim Guan Eng turut menuduh kerajaan PAS Kelantan tidak pandai buat kerja.

“Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat.

“Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja!

“Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan,” kata Lim Guan Eng.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang mendedahkan perkara itu pada 30 Januari 2015 menerusi Utusan Online menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu sebagai berbaur penghinaan.

“Saya tidak mengatakan kerajaan Kelantan sempurna dan suci daripada kelemahan namun menyebut ‘macam tiada kerajaan’ ialah satu tuduhan yang sangat me­lampau.

“Ini satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang turut berada bersama di dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

PAS dan DAP ketika itu masih bersama-sama dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum Lim Guan Eng membubarkan kerjasama politik itu pada Jun 2015 selepas sekumpulan pemimpin PAS pro Anwarinas tewas teruk dalam pemilihan di muktamar PAS.

Dalam perkembangan berlainan, banjir terburuk di Pulau Pinang sekarang ini (5 November 2017) memaksa kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng bergantung pada bantuan Kerajaan Pusat untuk menyelamatkan mangsa banjir.

“Saya berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan. Terima kasih kerana jawab panggilan saya hampir jam 3.30 pagi.

“Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air naik antara tiga hingga 3.6 meter melepasi bumbung di Pulau Pinang.

“Pusat pemindahan tiada bekalan elektrik. Pulau Pinang terpaksa minta bantuan ATM,” kata Lim Guan Eng awal pagi tadi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.