Kampung Budaya Sarawak Sambut Charles, Camilla

KUCHING – Kampung Budaya Sarawak (SGV) yang dikenali sebagai ‘Muzium Hidup’, yang terletak di kaki bukit Gunung Santubong, kira-kira 35km dari sini menawarkan cara terbaik bagi menerokai negeri Sarawak di kepulauan Borneo ini dalam masa sehari.

Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang, merupakan negeri terbesar di Malaysia, meliputi kawasan seluas 124,000 km persegi di barat laut Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia, menjadikannya mustahil bagi seseorang untuk menimba pengalaman menarik yang ditawarkan dalam tempoh yang singkat.

Dengan konsep asas untuk melihat Sarawak dalam masa sehari, dan diringkaskan kepada hanya lingkungan tujuh hektar, SCV ditubuhkan dalam tahun 80an, membuka tujuh rumah kepada pengunjung dan tujuh kebudayaan etnik, selain beberapa rumah panjang Borneo yang terkenal.

Putera Charles dan isteri baginda, Camilla dijangka berkunjung ke sini, ‘kawasan yang mesti dilawati’, pada Isnin, untuk mendapat pengalaman secara langsung perpaduan masyarakat berbilang etnik yang unik, hidup dalam suasana harmoni, atau pada asasnya untuk kepelbagaian etnik Sarawak, secara sekilas pandang,lapor

Jurucakap SCV ketika dihubungi berkata semua persiapan siap disusun bagi mengalu-alukan lawatan sulung pasangan diraja itu, bagi memastikan lawatan itu menjadi satu majlis yang tidak dapat dilupakan, bukan sahaja untuk pasangan diraja itu tetapi juga untuk SCV.

Beliau berkata pewaris takhta Britain itu dijangka meneroka beberapa rumah tradisional seperti ‘Rumah Iban” dan “Rumah Melanau”, dan juga terlibat dalam sesi dialog ringkas dengan beberapa golongan belia pelbagai etnik.

Katanya SCV akan cuba memasukkan pelbagai unsur kebudayaan kumpulan etnik Sarawak dalam setiap persembahannya, mulai daripada upacara sambutan sebaik ketibaan pasangan itu sehingga kepada atur acara lawatan ke model rumah-rumah tradisional, dan sehingga mereka berangkat pulang.

Beliau berkata SCV menempatkan tujuh rumah tradisional, selain beberapa tarikan seperti Rumah Muzik Hutan Hujan, Persada Alam di kawasan air terjun, Jejak Alam Semula jadi dan juga teater di mana para penari dan pemuzik akan mempersembahkan persembahan kebudayaan mereka yang terkenal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.