Jangan Liat Promosi Filem Sendiri- Zul Ariffin

KUALA LUMPUR – Tidak pernah gagal turun padang mempromosikan filem lakonannya sendiri, pelakon, Zul Ariffin mahu menjadi penanda aras kepada pelakon lain yang liat membantu promosi filem.

Kata pelakon J Revolusi ini, komitmen dan disiplin seorang pelakon dalam mempromosikan produk seni mereka sendiri seharusnya menjadi keutamaan.

Jelasnya lagi, seorang pelakon tidak seharusnya dibayar semata-mata untuk turun padang membantu promosi filem mereka.

“Ada segelintir pelakon sekarang liat untuk datang ke sesi promosi produk seni mereka sendiri. Itu komitmen dan disiplin. Pelakon bukan hanya berlakon semata-mata.

“Mereka harus turut serta dalam rangka promosi. Sebab itu saya cuba sedaya upaya untuk beri komitmen dalam setiap sesi bertemu peminat untuk promosi filem atau drama,” katanya.

Zul berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran komik J Revolusi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.