Izzue Tolak Dakwaan Tamak Kejar Peluang

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menepis dakwaan segelintir pihak yang dia terlalu tamak menerima tawaran berlakon dan menyanyi.

Menganggap peluang dan tawaran sebagai rezeki, Izzue bagaimanapun, bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh produser dan peminat yang menyokong kerjayanya.

 

Jelas ahli kumpulan Forteen ini, dia tidak mahu mensia-siakan rezeki yang ada dan sentiasa mahu belajar pelbagai cabang seni.

“Bukan tamak tapi itu semua rezeki. Rugi jika saya tolak. Lagipun kepercayaan yang diberikan oleh produser dan penganjur harus saya laksanakan dengan baik.

“Saya menyanyi solo adalah untuk menambah pengalaman yang ada. Lagipun, kedua-dua single saya mendapat sambutan menggalakkan.

“Bagi saya, peluang tak datang selalu dan rezeki tak datang bergolek kepada kita. Saya kena berusaha daan sentiasa memberikan sesuatu yang berbeza untuk kekal relevan,” katanya kepada Utusan Online.

Dalam pada itu, Izzue juga bakal tampil dengan single ketiganya yang juga ciptaan dia dan isterinya, Awin tidak lama lagi. – UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.