Feri, Bot Nelayan Terdampar Di Daratan Akibat Ribut dan Banjir Di Penang

PULAU PINANG – Beberapa buah bot dan sampan nelayan di Teluk Bahang di sini dilaporkan rosak dan terdampar di daratan selepas ditolak ribut serta angin kencang dalam kejadian awal pagi tadi.

Selain itu, beberapa rumah penduduk di kawasan berkenaan juga rosak teruk dipukul ribut namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Turut dilaporkan musnah adalah puluhan kelong dan sarang ikan milik nelayan di laut Teluk Kumbar dan Teluk Bahang akibat ribut kuat namun jumlah kerugian masih belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, sebuah feri milik Penang Port Sdn. Bhd. (Penang Port) turut dilaporkan rosak selepas ditolak ombak kuat dan melanggar bahagian jeti di Terminal Feri Raja Tun Uda, Butterworth di sini.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Penang Port setakat ini serta sama ada kejadian itu turut menjejaskan perkhidmatan feri ketika ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.