Dua Warga Emas Maut Dalam Banjir Terburuk Pulau Pinang

GEORGE TOWN — Seorang lelaki berumur 75 tahun ditemui terapung di dalam air di rumahnya di Kampung Masjid, Jalan Perak pukul 8.39 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata mangsa yang tinggal sendirian dipercayai lemas kerana dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri.

Beliau berkata seorang wanita berusia 80-an yang tinggal di sebuah Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua di Jalan P.Ramlee turut ditemukan pukul 6.30 pagi.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam rumah itu sebelum dia dibawa keluar untuk pemeriksaan lanjut dan mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata seorang warga Nepal yang dikenali sebagi Raju dilaporkan hilang ketika sedang bekerja di sangkar ikan di perairan Pulau Aman.

Beliau berkata majikannya mendapati pekerjanya tidak berada di sangkar itu kira-kira 7.30 pagi tadi.

“Majikannya yang berusia 73 tahun itu turut mendapati rumah sangkar ikan itu telah roboh dipercayai akibat dipukul air,” katanya. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.