Curi Tambah Nilai Touch n’ Go

PUTRAJAYA – Dua kakitangan Jabatan Audit Negara (JAN) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas 235 pertuduhan kerana mencuri tambah nilai Touch n’ Go yang berjumlah RM17,813 di pejabat mereka sejak Disember 2016 hingga April lalu.

Tertuduh pertama Farizah Nekmat, 37, berdepan dengan 69 pertuduhan melakukan perbuatan tersebut pada 5 Disember 2016 hingga 24 April tahun ini di Aras 2, Cawangan Pentadbiran Sektor Pengurusan JAN, Presint 2 di sini, lapor Kosmo.

Sementara tertuduh kedua, Normaidzatulaqma Iskandar, 36, berdepan sebanyak 166 pertuduhan yang sama dilakukan pada 2 Februari hingga 24 April tahun ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada waktu pejabat dan luar waktu pejabat, selain pada hari minggu dan cuti umum pada waktu awal pagi hingga lewat tengah malam di pejabat tersebut.

Kedua-dua mereka didapati telah memasukkan wang antara RM1 hingga RM100 masing-masing menggunakan tujuh keping kad Touch n’ Go menerusi pos terminal tambah nilai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.