Starbucks Dikecam Susulan Reka Bentuk Cawan Promosi Islam

KUALA LUMPUR – Starbucks sekali lagi menjadi kecaman rakyat Amerika Syarikat susulan reka bentuk cawan musim perayaan akhir tahun mereka yang didakwa mempromosikan Islam.

 

Ini adalah tahun ke-2 rangkaian kopi global itu menjadi kecaman ramai di AS, selepas rekaan ringkas cawan berwarna merah tanpa sebarang perkataan, dibidas kumpulan konservatif Kristian seolah-olah melambangkan perayaan tertentu, pada akhir tahun lalu.

 

The Huffington Post melaporkan, Starbucks mendedahkan reka bentuk baru kepada media pada Selasa lalu dan ramai yang tidak puas hati bertindak mengecam syarikat itu di media sosial dengan menyifatkan ia mempromosikan Islam.

 

Reka bentuk baru cawan hijau dengan tompok putih di mana logo ikonik Starbucks biasanya muncul bertemakan “simbol perpaduan” dengan lakaran pensil manusia mengelilingi cawan itu.

 

Di sebalik perpaduan yang menyaksikan orang ramai dengan pelbagai latar belakang disatukan melalui kopi, Starbucks dikritik memilih reka bentuk yang sama warna dengan bendera Liga Arab.

 

Menurut Huffington Post, ada yang beranggapan cawan itu dikaitkan dengan IS kononnya.

 

Seorang pengguna media sosial berkata: “Rangkaian kopi gergasi menamakan barang ganjil tahun ini cawan ‘perpaduan’… Hmm, apa lagi yang bersatu…. Isis !!?! Khalifa bersatu Negara Islam!”

 

Seperti di Malaysia, ada yang mencadangkan tindakan memboikot ekoran retorik biasa dan kemarahan orang ramai kerana Starbucks cuba “mencuci otak rakyat secara politik”.

 

Tahun lalu, kumpulan Kristian di AS menyifatkan cawan berwarna merah Starbucks sebagai pengisytiharan “perang terhadap Krismas”.

 

Malah, komen kasar pengguna Facebook, Joshua Feuerstein dilihat sebanyak 16 juta kali.

 

“Starbucks tidak dibenarkan mengucap Merry Christmas kepada pelanggan.

 

“Adakah anda sedar Starbucks mahu mengeluarkan Christ dan Krismas daripada cawan baru mereka? Itu sebabnya ia hanya berwarna merah,” tulis Feuerstein.

 

The Washington Post turut berkata: “Starbucks tentunya tidak menjangkakan ini…dalam apa jua cara, cawan ini seolah-olah direka untuk menjadi tidak seberapa.”

 

Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Howard Schultz dalam satu kenyataan berkata: “Cawan hijau dan reka bentuk yang mewakili hubungan Starbucks sebagai sebuah komuniti dengan rakan-rakannya (pekerja) dan pelanggan.

 

“Ketika waktu sukar di negara kita, Starbucks mahu mencipta simbol perpaduan sebagai peringatan kepada nilai-nilai bersama, dan keperluan berbaik antara satu sama lain.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.