Pengarah Jabatan Kerajaan Ditahan SPRM
Kuala Lumpur – Seorang pengarah dan seorang pegawai sebuah jabatan kerajaan di Melaka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu dan menggunakan kedudukannya bagi memperolehi suapan.
Menurut sumber, kes berkenaan melibatkan seorang kontraktor yang mengemukakan tuntutan palsu.
Pengarah terbabit telah mengarahkan tuntutan itu disempurnakan kepada kontraktor berkenaan, sedangkan kerja serta perkhidmatan tidak pernah wujud.
Penahanan itu disahkan oleh Pengarah SPRM Melaka, Ramli Ismail.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.