Bakal Pengantin Dijel 9 Bulan, Miliki Gambar Bendera IS

KUALA LUMPUR – Seorang bakal pengantin berhadapan hukuman penjara sembilan bulan gara-gara memiliki gambar bendera kumpulan pengganas Islamic State (IS) menerusi telefon bimbitnya.

 

Memetik laporan kosmo, tertuduh Azlee Md. Salles, 30, yang dijatuhi hukuman tersebut oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam merupakan pemilik sebuah syarikat hiasan dalaman di Perlis yang didakwa memiliki gambar tersebut di sebuah rumah di Taman Ira, Kangar, Perlis pada jam 8.30 pagi, 19 Ogos lalu.

 

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!