Video : Mangsa Buli di Asrama, Dipukul Tanpa Belas Kasihan

Kuala Lumpur – Selepas sebuah klip video buli ala ‘tomoi’ viral baru-baru ini, muncul satu lagi rakaman yang mencuri perhatian masyarakat memaparkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama.

Klip video selama enam minit 52 saat itu tidak diketahui tarikh rakaman atau lokasi kejadian itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh laman Facebook yang menggunakan Friends of BN – Barisan Nasional.

Video berdurasi hampir 7:00 minit turut mengundang kemarahan pengguna media sosial terhadap tindakan ganas kumpulan pelajar yang bukan sekadar memukul malah turut melemparkan beberapa objek keras terhadap pelajar lelaki tersebut.

Selain menangis pelajar yang dipukul itu turut merayu agar mereka berhenti memukulnya.

Video tersebut mendapat 146,473 penonton, dan 12,303 orang yang berkongsi klip video tersebut di laman sosial Facebook.

Tinjaun SuaraTV mendapati, majoriti penonton klip video tersebut marah dengan tindakan ganas kumpulan pelajar tersebut dan menggesa pihak polis segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan.

Malah ada dikalangan penonton yang mendakwa tidak mampu menyaksikan klip video tersebut hingga habis kerana tidak mampu menahan rasa sebak dan sedih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.