Video Buli: Kementerian Sedang Kenal Pasti Sekolah Terlibat

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan masih belum mengenalpasti sekolah yang terlibat dengan kes buli dalam sebuah klip video yang menjadi viral di Facebook semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Beliau berkata sebuah sekolah yang didakwa lokasi berlakunya kejadian buli itu telah menafikannya.

“Kes ini masih disiasat,” katanya.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Walau bagaimanapun, tiada butir-butir di mana kejadian itu berlaku dan siapa yang terlibat dalam klip video tersebut yang telah dilihat 153,500 kali sejak ia dimuat naik oleh pengguna Zuraimi Ngah pada 2 November.

Namun menurut beberapa komen di media sosial Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.