Tiga Beradik Ditahan Rancang Sertai Militan IS

Chicago – Seorang remaja yang berusia 19 tahun, Mohammed Hamzah Khan yang merancang menyertai kumpulan militan IS di Syria bulan lalu, sebenarnya ditahan bersama dua adiknya.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa O’hare, Chicago.

Menurut pendakwaraya, kedua-dua adiknya berusia 17 dan 16 tahun juga menunjukkan minat yang sama.

Sebutan kes di Mahkamah Persekutuan Chicago dihadiri oleh ibu bapa suspek.

Pihak berkuasa buat pertama kali mendedahkan ketiga-tiga mereka ditahan pada 4 Oktober lalu.

Sebelum ini, mereka hanya mengumumkan penahanan Hamzah sahaja.

Tiga beradik itu mempunyai tiket penerbangan ke Istanbul, Turki.

Peguambela meminta majistret membenarkan pembebasan dengan pemantauan ke atas Hamzah agar dia mendapat khidmat kaunseling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.