Setengah Juta Lelaki Saudi Pukul Isteri

Riyadh – Lebih setengah juta lelaki Saudi mendakwa sering dipukul isteri masing-masing tetapi tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Laporan mengenainya didedahkan oleh Pusat Nasihat Sosial Waei yang berpangkalan di Riyadh.

“Kami menerima 557,000 aduan daripada lelaki Saudi yang mendakwa dipukul oleh isteri masing-masing,” kata pengurus pusat Sheikh Adel Al Mutawa.

Katanya, kelmarin saja sebanyak enam aduan baru dibuat.

Dia berkata, kebanyakan lelaki itu enggan nama mereka didedahkan, sebaliknya mahu kes itu dirahsiakan.

“Mereka tidak mahu membawa kes itu ke mahkamah kerana malu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.