Polis Tembak Mati Dua Penjenayah, Dipecayai Ada Kaitan Dengan Tentera Kesultanan Sulu

Kota Kinabalu – Polis Sabah mengesahkan dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang, baru-baru ini adalah ahli kumpulan penculik yang mempunyai kaitan dengan tentera Kesultanan Sulu di Selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dua suspek terbabit turut dipercayai cuba melakukan beberapa siri rompakan di sekitar negeri ini bagi mencari dana untuk kegiatan culik mereka.

“Dua suspek terbabit berasal dari Filipina di mana seorang daripadanya memiliki pasport negara berkenaan dan seorang lagi mempunyai Mykad palsu.

“Siasatan juga masih diteruskan sekiranya masih ada suspek lain yang turut terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.