Pertikai Sekolah Agama, Pemuda UMNO Kecam Kenyataan Ahli Parlimen DAP

Kuala Lumpur – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang mengecam dan mengutuk kenyataan Ahli Parlimen DAP-Sibu, Oscar Ling yang mendakwa sekolah agama turut menjadi punca pemisahan kaum di negara ini.

Menurut ketuanya, Rafizal Abd Rahim kenyataan tersebut dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.

Rafizal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi berkata, kenyataan tersebut telah menyebabkan orang Melayu dan Islam marah dan tidak tenteram serta menghina Agama Islam.

“Kenyataan dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.

“Sudah tentu ramai umat Islam akan terguris terutamanya yang menerima pendidikan di Sekolah Agama” katanya.

Beliua turut menyifatkan kenyataan tersebut sebagai bodoh dan tidak dapat diterima sama sekali.

fauzeeSementara itu Ketua Pemuda UMNO Setiawangsa, Ahmad Fauzee Ahmad Shahar ketika ditemui SuaraTV berkata, ahli parlimen DAP itu perlu menarik kembali kenyataan tersebut.

Menurut Fauzee, tindakan Oscar Ling itu hanya akan melebarkan lagi jurang pemisahan kaum dan sekiranya tidak dibendung boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diinggini.

“Ini bukan pertama kali DAP cuba bermain sentimen perkauman dan menimbulkan rasa kurang senang masyarakat khususnya Islam dan Melayu.

“Sebelum ini mereka mempertikaikan lagu negaraku namun apabila melihat sentimen kemarahan memuncak ia diselesaikan dengan permohonan maaf.

“Persoalannya sampai bila kita harus membiarkan mereka (DAP) menghina dan mempertikaikan hak dan kedaulatan Islam dan Melayu dan kemudian meminta maaf” soalnya pula.

Fauzee turut mengesa agar pihak berkuasa segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Oscar Ling bagi mengelakkan perkara seperti berulang kembali.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap kenyataan biadap itu” ujarnya tegas kepada SuaraTV.

Oscar Ling semalam menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan mengatakan ia bersifat perkauman, mengatakan perkara sama boleh diperkatakan kepada sekolah agama.

“Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam‎.

“Tapi saya tidak kata sekolah agama bersifat‎ perkauman, hanya sebagai contoh. Tuduhan mereka pada sekolah jenis kebangsaan, bagaimana pula sekolah agama? Kerana ia perkara sama iaitu sekolah yang hanya untuk kaum tertentu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

 

Baca: DAP Persoal Sekolah Agama Untuk Islam, Dakwa Ia Turut Jadi Punca Pemisahan Kaum

 

KENYATAAN MEDIA
PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG TERHADAP KENYATAAN YB OSCAR LING (AHLI PARLIMEN DAP SIBU)

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini mengecam sepenuhnya kenyataan yang dibuat oleh YB Oscar Ling, YB DAP Sibu yang menyatakan sekolah agama menjadi punca pemisah kaum.

Kenyataan sebegini, menyebabkan orang Melayu dan Islam akan berasa marah dan tidak tenteram seolah-olah menghina Agama Islam itu sendiri.

Kenyataan dangkal ini tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat yang berbilang kaum.

Sudah tentu ramai Umat Islam akan terguris terutamanya yang menerima pendidikan di Sekolah Agama.

Sepertimana yang kita ketahui, Sekolah Agama telah melahirkan ramai cendiakawan dan pemimpin yang beribawa serta ramai ahli parlimen lahir daripada Sekolah Agama.

Sekolah Agama juga menjadi tunjang untuk melahirkan modal insan yang bersahsiah terpuji serta mempunyai kredibiliti seorang pemimpin.

Kurikulum di sekolah agama sememangnya tidak dinafikan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, kurikulum di Sekolah Agama juga mementingkan semangat ukhuwah dan perpaduan yang diperlukan di negara yang berbilang kaum ini.

Bagi pihak pemuda negeri, kenyataan BODOH sebegini TIDAK DAPAT DITERIMA sama sekali.

Pihak kami ingin meminta supaya YB Ahli Parlimen Sibu segera memohon maaf dan menarik kembali kenyataan biadap ini. Pemuda negeri Pulau Pinang bimbang akan ada nanti tindakan luar kawalan yang boleh menggugat ketenteraman negara.

RAFIZAL BIN ABD RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.